Thursday, December 20, 2012

KISAH BENAR CERITA TANAH KUBUR VERSI MAK AKU.. bhgn 3 : tajuk DOLAH OH DOLAH

keadaan semakin rumit kerana jenazah aman harus di kambus.. setelah berminggu dolah masih tidak dpt naik ke atas.. dan akhirnya tidak ape dapat dilakukan lagi orang kampung terpaksa mengabus liang tadi dan dolah terpaksa di tanam hidup hidup... tiada apa dapat dilakukan lagi hanya itu jalan terakhir.. ramai yang menangisi ape yang belaku lagi2 istri dolah yang menangis meronta ronta seperti seperti ada sesuatu yang disesali.. kejadian makin menjadi lebeh teruk apabila hujan sangat lebat mencurah curah membasahi tanah perkuburan tersebut...
isteri dolah dibawa balik ke rumah oleh makcik makcik kampung tu.. di rumah isteri dolah seolah olah tidak boleh terima kenyataan.. dia seperti memendam sesuatu yang sekian lama dipendamnya... dan akhirnya isteri dolah tadi terpaksa akur dan menerima ketentuan Ilahi... isteri dolah menceritakan apa yang berlaku selama nih..
pada asalnya dia langsung tidak tahu pasal suaminya dolah menyimpan duit arwah aman untuk ke haji..
sehinggalah suatu hari dia terjumpa duit itu di dalam almari bajunya.. apabila ditanya baru lah dolah menceritakan segalanya.. dan isteri dolah menerima perkara itu dgn hati terbuka krana memikirkan suaminya telah melakukan sesuatu yang mulia kerana membantu rakanya mengumpul duit, lagi lagi duit itu untuk mengerjakan haji..
hari demi hari duit yang di beri oleh arwah aman semakin banyak. dan sejak akhir akhir itu jugalah dolah sudah mula jarang ke sawah.. perbagai alasan digunakannya untuk mengelak dari turun ke sawah dan sibuk mencari kerja di pekan.. sehingalah pada satu hari, dolah membawa isteri nya pindah ke pekan katanya sudah dapat kerja di pekan.. isterinya mula berasa hairan bagaimana suaminya boleh menyewa rumah di pekan, sedangakn suaminya tidak lagi turun kesawah tetapi masih mempunyai wang yang banyak.. rupa rupanya dolah telah mengunakan hampir keseluruhan duit arwah aman tadi untuk membayar sewa rumah di pekan tiap tiap bulan dan membeli motosikal... dengan niat bila sudah duduk di pekan dia dapat kerja yang lebeh baik dan mampu mengantikan semula duit2 tersebut..duit yang banyak itu telah mengaburi pendiriannya.. dolah telah hilang kejujurannya.. dia tidak lagi amanah.. dia membelajankan semua duit2 itu untuk ke pusat2 hiburan di pekan tersebut.. sedangkan duit simpanan arwah aman tadi sudah mencukupi RM3000 pada tahun ke 4 lagi.. tetapi sering digunakan oleh dolah untuk kepentingan nya.. kerana itulah duit arwah aman tidak pernah mencukupi .isterinya sering memarahi suaminya dolah kerana mengunakan duit tersebut.. tetapi dimarahi semula, kononya akan mengantikan semua duit2 itu bila tiba masanya.. tetapi tidak disangka sangka masa yang  berlalu aman telah meningal dunia.. 7 tahun aman menunggu untuk mengerjakan haji tetapi hajatnya tidak kesampaian.. sedangkan sepatutnya arwah aman boleh menunaikan haji pada tahun ke 4 simpanannya.. tetapi telah dibohongi oleh kawan karibnya sendiri..itu lah puncanye kenapa arwah aman menjadi berat seperti batu tetapi bila diangkat dolah menjadi ianya menjadi ringan... rupanya Allah sengaja mahu dolah yang menguruskannya kerana mahu dolah masuk ke dalam liang lahat..dan akhirnya ditanamnya hidup2... subhanallah... mungkin inilah yang dikatakan ditelan bumi hidup hidup... wallahualambisawab

itu lah cite yang di ceritakan oleh mak aku semalam.. subhanallah.. terdiam aku.. bila mengenagkan besarnya kuasa Allah,...apa yang dikehndaki Nya berlaku pasti akan berlaku.. begitu lah berbisanya duit ni dan pentingnya pegangan iman dalam diri... jika tidak kuat, maka robohlah iman musnahlah hidup.. yang terpaksa menangung aib adalah keluarga.. pastu tiba2 mak aku ckp "eh mak nak tgk cite putra rayyan akhir" katanya.. hahahaha layannnn....~

LIKE JIKA SUKA