Thursday, December 20, 2012

KISAH BENAR CERITA TANAH KUBUR VERSI MAK AKU.. bhgn 2

....dan ketika hendak dikafankan berlaku satu perkara yang tidak dijangka.. jenazah aman tidak dapat di angkat 10 orang mengangkatnya tetapi tidak naik beratnya seperti mengangkat sebuah gunung langsung tidak terangkat...... dolah menyaksikan kejadian tersebut. dan berasa sangat hairan kenapa jenazah aman menjadi begitu.. sedangkan sepanjang perkenalan mereka dolah tahu aman adalah seorang yang baik dan berhati mulia orangnya... 

    lalu dolah pergi untuk cuba menolong orang ramai mengakat jenazah aman.. alangkah terkejutnya orang kampung apabila dengan mudah mengangkatnya dan berasa sangat ringan apabila dolah turut membantu..

dan segala upacara dari memandikan mengafankan mesti dihadiri oleh dolah.. jika tiada dolah maka jenazah aman akan menjadi sangat berat.. setibanya dikubur liang lahat telah pon di gali oleh orang2 kampung.. sekali lagi apabila orang kampung mahu mengangkat jenazah aman, jenazahnya menjadi sgt2 berat.. terpaksa lah dolah turun kedalam liang untuk membantu seperti biasa jika dolah membantu jenazah menjadi mudah dan ringan dolah didalam liang menyambut jenzah aman dari dalam liang lahat tersebut.. setelah selesai menguruskan jenazah aman di dalam liang lahat aman tadi.. secara tiba tiba kaki dolah seolah olah dirantai dan tidak dapat naik semula.. orang2 kampung cuba menarik dolah ke atas malah ada yang turun juga ke dalam liang untuk menolaknya ke atas tetapi tidak berjaya.. dolah seperti telah dipaku kakinya di dalam liang aman tadi.. dari lah pagi sampai ke malam silih berganti org untuk membantu dolah untuk naik ke atas.. tetapi tetap gagal.. dan liang aman tidak dapat dikambus kerana dolah masih di dalamnya.. hari berganti hari istri dolah setia menanti dan memberi makan kepada dolah yang masih berada di dalam liang tersebut.... keadaan semakin rumit kerana jenazah aman harus di kambus.. setelah berminggu dolah masih tidak dpt naik ke atas.. dan akhirnya tidak ape dapat dilakukan lagi orang kampung terpaksa mengabus liang tadi dan dolah terpaksa di tanam hidup hidup... tiada apa dapat dilakukan lagi hanya itu jalan terakhir.. ketahui kisah dolah apakah sebab berlakunya kejadian tersebut kepadanya... seterusnya sila klik disini


No comments:

LIKE JIKA SUKA