Wednesday, January 30, 2013

ERGGHH!! FINAH.. BAHAYANYA FITNAH

fitnah fitnah fitnah fitnah sana sini.. sana fitnah sini... sini fitnah sana.. eh bila nak habis da... segelitir pengikut politik terdapat beberapa kumpulan finah yang kuat.. parti sana fitnah parti sini,.... dan parti sini fitnah parti sana.. maka berlarutan lah ia sampai akhirnya zaman.. bahaya nya fitnah juga pernah diceritakan oleh Rasulullah S.A.W... 
Diriwayatkan dari Hudzaifah r.a., dia berkata: “Umar r.a. pernah bertanya aku ketika aku bersamanya. Katanya: Siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Rasulullah S.A.W meriwayatkan tentang fitnah?” Sahabat-sahabat menjawab: ” Kami pernah mendengarnya.” Umar Bertanya, “Apakah kamu maksudkan fitnah seorang lelaki bersama keluarga dan tetangganya?” Mereka menjawab: “Ya, benar.”
Umar berkata. “Fitnah tersebut boleh dihapuskan oleh solat, puasa dan zakat. Tetapi siapakah di antara kamu pernah mendengar Nabi S.A.W bersabda tentang fitnah yang bergelombang sebagaimana lautan bergelombang?” Hudzaifah berkata “Sahabat-sahabat terdiam”. Kemudian Hudzaifah berkata: “Aku, wahai Umar!” Umar berkata, “Engkau?. Lantas Umar memuji dengan berkata, “Ayahmu adalah milik Allah.”

Huzaifah berkata: Aku dengar Rasulullah S.A.W bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tumpang tindih satu sama lain. Hati yang dihinggapi fitnah, bintik-bintik putih akan melekat padanya, sehingga akhirnya hati tersebut terbahagi menjadi dua Sebahagian menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, dan sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak melarang kemungkaran, dia hanya mengikuti keinginan hawa nafsunya.” (HR Muslim)
ape nak kata lagi mmg fitnah dah jadi makanan dan minumam bagi org2 zaman skrang nih.. fitnah diangap biasa.. fitnah sudah menjadi perbualan harian.. kat mana saja kita pergi orang sibuk menfitnah sana dan sini.. sehinggakan di rumah rumah Allah pon berlakunya fitnah.. ini lah akibat bila fitnah sudah diangap mudah dan perkara biasa.. apa bila sesorg yang dah biasa bergelumang dgn fitnah sehinggakan tiada satu pon dari mulutnya bukan fitnah.. fitnah menjadi hiburan kepadanya.. fitnah adalah sumber kewangan kepadanya.. bertambah lagi dengan zaman serba moden ini.. fitnah disebarkan sangat pantas dan berkesan melalui facebook blog dan lain2.. maka akan bercambah lah fitnah tu umpama membakar ranting yang kering.. 

"tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah"(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
sebab itu lah dosa memfitnah ni dosanya sama besar dgn membunuh.. ankara fitnah merebak dan menyebabkan perbalahan maka berlaku pertengkaran dan berlaku pergaduhan hingga berlaku pertumpahan darah yang membunuh.. 

"Wahai orang yang beriman,jika datang kepada kamu seorang  fasik membawa sesuatu berita ,maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah Al-Hujurat ayat 6)

semoga menjadi pedoman kepada semua dan aku sendiri.. insyallah... ^_^


cerita cerita lain yang menarik cuma klik je :
mekdi bagi buger free

LIKE JIKA SUKA