Tuesday, October 30, 2012

KEJAMNYA SEEKOR LIPAS....????


Sekecil kecil lipas nih.. kita x sangka yang lipas ni akan membunuh.. cara dia membunuh bukan seperti nyamuk, tikus, lalat, dan sebagainya yang menyebarkan penyakit dan virus.. tapi lipas ni sendiri membunuh manusia dengan kejam dan ganas.. musti ramai yang hairan mcm mana lipas yang sekecil tu boleh membunuh.. adakah lipas tu membesar dan mencekik mangsa??, atau lipas tu mengigit mangsa?? Atau lipas tu menikam mangsa berkali kali..mungkin mencincang mangsa dengan pisau pemotong daging?? agak mustahil untuk lipas sekecil tu membunuh kan.. tapi ini lah realitinya..

Kisah ini diceritakan pada aku.. oleh mangsa.. yang aku temui 3 hari lepas di kedai mamak.. berhampiran rumah aku…yang nak dikenali sebagai sham.. dia pon cite kat aku. Dulu dia ada beli sebuah kereta proton saga BLM.. biasalah mcm drama melayu mulanye sume indah.. bila dapat keta, dia punyalah jaga.. sampai awek dia sendiri dia x bagi usik.. no smoking dalam kereta ok!  walaupon dia seorang perokok tegar,  sanggup berenti tepi jalan sebab nak hisap rokok, makan minum ape tah lagi kira mmg haram lah.. .... tapi sume tu hangat taik ayam je.. sumenye berubah bila kerja dia memerlukan dia selalu travel ke JB ulang alik ke KL.. so dalam kesibukan kerja ulang alik ke KL dia sendiri dah langgar pantang larang dia sendiri, bila dia sendiri isap rokok dan makan dalam keta.. kerana sebuk mengejar masa.. xda masa untuk berhenti.. tepaksa la dia makan dan minum dalam kereta sambil hisap rokok.. tanpa dia sedar makan dalam kereta nih akan menyebabkan, makanan2 dia tu akan bersepah di celah2 kereta di bawah2 tempat duduk dan kawasan2 yg sewaktu dengannya..

Sibuk ngan kerja adalah sebab kenapa dia jarang kemas kereta dia yang dia sayang sgt2 tu. Tambahan lagi dengan kenaikan pangkat dia.. dan dia berniat nak beli kereta lain.. kereta dia yang dulu wangi dan bersih kini dah kotor dan bersepah . sisa2 makanan yang terselit celah2 dalam kereta yang x dibuang walau pon kerap hantar cuci kereta.. tapi makanan2 yang jatuh kat celah2 susah dicapai, mmg bangla2 cuci keta ni xkan bersihkan.. kecuali kita buat detailing RM250 utk seluruh keta…
 
Dan disinilah bermulanya kisah kejam seekor lipas apabila membiak dan membesar dalam kereta dangan sisa2 makanan yang di tinggalkan tu.. cukup untuk membina sebuah empayar kerajaan lipas..  dan suatu hari apebila sham dalam perjalanan balik dari JB ke KL.. dalam pukul 5 petang.. kat hiway plus.. tengah sedap dia melayan lagu ombak rindu sambil nyayi menjerit2 sorang dalam kereta.. di tempat letak air nya terdapat air oren bergas yang di belinya semasa singgah di RNR tadi... kelihatan seekor lipas cuba menyelinap masuk ke dalam minumannya...  di sebabkan kehausan menjerit menyayi tadi.. dia meraba raba mencapai tin minuman tersebut, baru saja sham memegang tin tu.. lipas tersebut terus memanjat di tangan beliau dan terus kelehernya..disebabkan geli, terkejut dan mengelabahnya akan lipastu di badanya..sham telah hilang kawalan keretanya, yang dipandu 120km/J lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan kemudian terbalik di tepi jalan sham tidak sedarkan diri Disebabkan hentakan yang kuat semasa kereta itu terbalik keretanya hancur remuk dalam erti kata lain total lost!.... dan bila sedar sham rupanya dia berada di ………………sambung la sendiri k

semoga menjadi pengajaran untuk kita semua.. kecil kecil sicili padi nampak comel tapi berapi!…………




Wednesday, October 24, 2012

KISAH BENAR : kejadian suatu malam di lebuhraya


terkenang sejenak masa zaman budak2 agy masa mula2 bawak kereta.. rasa mcm satu malaysia aku nak pusing.. almaklum lah masa tu baru je ada lesen hihii ... so nak dijadikan cerita pada satu malam aku tgh duduk2 lepak sambil layan drama kat tv3 aku dpt call dari ayah aku suruh dtg rumah dia amik duit..pucuk dicita ulam mendatang..  melompat aku! tanpa buang masa aku pon terus capai kunci kerta terus gerak..dari rumah mak aku di cheras nak ke rumah ayah di kajang dengan memandu kereta produa kelisa kepunyaan mak aku , punya la seronok dalam hati ni sbb nak dpt duit.. 
punya lah hayal aku drive drive dan drive.. sedar sedar sampai satu plaza tol so biasalah sebelum sampai plaza tol aku pon seluk poket belakang aku nak amik duit.. seluk2 rupanya aku x bawak dompet tersentak aku!!.. tanpa buang masa aku paut stering berenti tepi jalan lebeh kurang 150m je dari plaza tol.. aku dah mula panik.. aku seluk semua poket seluar satu sen pon xda, aku selongkar satu kereta tungang langgang, yg aku dapat cuma 20sen.. aku pon bertambah panik.. ergghh berpeluh ketiak2 aku sume.. dalah hati "mcm mana nak lepas tol ni rasanya ada dua tol lagi baru sampai rumah ayah"
aku cuma tenangkan diri.. dgn beristifar duk berzikir.. alhamdulillah tenang kejap.. dan aku pon berdoa dlam hati moga Allah bantu aku, dalam keadaan cemas tuh..berdoa lah aku punya berdoa.. tgh duk berdoa tiba tiba cermin keta aku diketuk aku tgk sorg cina ngan berbaju agak lusuh selekeh dengan muka berpeluh.. aku pon tgk belakang dan keliling keta aku.. kat tgh2 hiway ni yg kiri kanan hutan nih mana dtg plak cina nih.. aku bukak tingkap aku sikit..

cina : bos apa pasal keleta losak ka??
aku : ehh xda ape..kenapa??
cina : owwhh ya ka.. mau tumpang boleh ka??
aku : hu??....... mau pigi mana??
cina  : kajang kajang..

pergghhhhh!! alhamdulillah ni ketegori bantuan nih.. aku pon dgn selamba ckp

aku : boleh2 tapi u bayar toll ok???
cina : owwwhhh boleh.. bolehh..

Alhamdulillah.. cina tu pon naik keta aku dgn hulur aku RM 6 cukup untuk aku bayar 3 toll kat depan  nih ..kami x bersembang pon senyap sunyi je dalam keta..dan lepas je toll  ke 3 tiba2 cina tu suruh aku turunkan dia kat tepi jalan.. ada satu kawasan perumahan kat tepi jalan tu.aku pon benti.. berenti je keta cina tu hulur aku lagi RM10  
cina :bos ini duit minyak arr…
aku : ehh  xpe xpe.. u sudah bayar tol pon sudah cukup bagus..
cina : oowwhh ya kaa.. ok lorr ok ok.. 
Aku pon beredar tgglkan cina tu tepi jalan.. sambil tu jalan aku tgk kat cermin pandang belakang kereta aku..cina tu pon hilang terkejut gak aku.. hmm otak pon mula pikir mcm2.. hairannye laju betul dia hilang.... hmm biar lah xjauh dari situ aku sampai rumah ayah aku…. alhamdulillah ni semua kuasa Allah.. bila Allah  nak bantu Allah akan bantu dalam perbagai bentuk cara mungkin ini salah satu dari cara-Nya.. amin amin aminnn… wallahualam bisawab
gambar hiasan
cerita cerita lain yang menarik cuma klik je :


LIKE JIKA SUKA