Wednesday, April 10, 2013

6 PERKARA LELAKI PERLU TAHU (6 jenis perempuan yang harus dijauhi)

pagi tadi tgh dok lepak2 kat luar opis aku.. sajeeeee aku tgk2 kerenah perempuan yang lalu depan aku.. mcm2 prangai mcm2 hal.. hehehe ragam manusia.. hehe ada yg seksi ada yang betudung ada yang cover cun.. ada duk sebuk mekup lagi sblum masuk opis kikikiki..tu buat aku teringat ada sesorg pernah kasi kat aku pasal berkaitan perempuan...iaitu.. 6 perempuan perempuan yang harus dijauhi lelaki..kalau post sblum ni aku cerita pasal prangai2 yang lelaki suka pasal pompuan.. kali ni story pasal PEREMPUAN YANG HARUS DIJAUHI... hehehehhe...

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:

1. Al-Annanah
2. Al-Mananah
3. Al-Hananah
4. Al-Haddaqah
5. Al-Barraqah
6. Al-Syaddaqah

1. Al-Annanah:
(suka mengeluh) ialah : perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit. (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat semulajadinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil. Perempuan tersebut berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.

2. Al-Mananah:
perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan : saya telah melakukan untuk kamu itu ini.

3. Al-Hananah:
perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami. (Perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya)

4. Al-Haddaqah:
menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka membeli belah sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliaannya.

5. Al-Barraqah:
terdapat dua makna, makna pertama, suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, kat suami xbuat pun!
Makna kedua : perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.

6. Al-Syaddaqah:
perempuan yang banyak cakap (suka merepek suka emo tak tentu arah, bercakap perkara tidak berfaedah).

imam Al-Ghazali dah bagi dan senarai2 nya.. ini bukan lah satu hadis dari Rasullulah wallahualam.. tpi ini kata2 yang keluar dari ulama tersohor didunia.. so kalau lah terkahwin jugak dengan antara perempuan2 kat atas tadi.. byk2 lah bersabar dan didik sampai jadi elok.. insyallah.. sume pon boleh diubah.. dan para isteri kena ingt bila suami yang cuba menyampaikan sesuatu yang baik hendak lah diterima dan ikut.. jgn derhaka terhadap suami nescaya, seluruh penghuni langit dan bumi me-nyumpah2 selama mana dia belum minta ampun dari suaminya, termasuk bidadari syurga yg lebih berbillion kali ganda lagi cun dan cantik dari dorg menyumpah seranah si isteri dunia.. wallahualam bissawab.. ^_^

 gambar hiasan




No comments:

LIKE JIKA SUKA